Pengecualian Sewa Pasar Malam, Pasar Tani Seluruh Sabah Sehingga 2021

SANDAKAN: Pengecualian bayaran sewa pasar malam dan pasar tani  yang diberikan Kerajaan Sabah sejak awal tahun ini di beberapa kawasan kini berkuat kuasa di seluruh negeri bermula hari ini.

Berita baik itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bagi membantu lebih 22,000 peniaga yang terjejas sejak beberapa bulan lalu akibat penularan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, pelaksanaan itu melibatkan semua gerai termasuk trak makanan (food truck) yang membuka perniagaan di pusat-pusat jualan terlibat.

“Di gerai-gerai bayar RM1 satu hari pasar malam bayar kadang-kadang itu RM60 satu hari ada lagi truck, tamu RM2 pasar malam RM60 ada truck lagi hampir 22,000 usahawan.

“Di Jalan Gaya di Kota Kinabalu di Sandakan dan hari ini saya nak maklumkan kerajaan negeri kecualikan pembayaran pasar malam, truck semuanya ini sampai tahun 2021 tahun ini dengan tahun depan.

“Pasal Covid-19 orang susah dia mahu cari makan bayar RM60 berapa hasil dia dapat mungkin RM30, mungkin RM20 untuk mengurangkan bebanan dan kita lakukan saya maklumkan tiada pungutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bantuan Input Pertanian, Pelancaran Projek Inkubator Usahawan Pertanian dan Penyerahan Geran Tanah serta Pelancaran Electronic Planning Permission System Daerah Sandakan hari ini.

Awal tahun ini, Kabinet Sabah telah meuluskan pengecualian bayaran sewa berkenaan namun tidak melibatkan seluruh negeri, justeru pengumuman terbaharu itu adalah berita baik buat semua peniaga terlibat.

Dalam sidang akhbar di program itu, Mohd. Shafie berkata, pengecualian tersebut melibatkan jumlah hasil sebanyak RM7 juta yang mampu dikutip kerajaan setiap tahun.

“Sebenanrya kita sudah umumkan tahun lalu tentang pengecualian sewa bagi pasar malam, gerai-gerai yang ada sama ada gerai hari minggu di setiap kawasan majlis perbandaran saya ingat hampir 22,000 orang terbabit.

“Saya maklumkan tadi kita tidak pungut hasil untuk pasar malam untuk kedai-kedai seperti food truck saya ingat hasil yang biasa kita peroleh dalam lingkungan RM6 juta ke RM7 juta setiap tahun yang kita lepaskan,” jelas beliau. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *