
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini.
Perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3, dan Astro Awani.
Pada 7 Jun, perdana menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan perintah kawalan pergerakan bersyarat selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik Covid-19.
PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun dijadualkan tamat pada 31 Ogos.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost