Pasar Terbuka Pekan Ranau, Ditutup

Pasar Terbuka Pekan Ranau, ditutup.

RANAU: Jabatan Kesihatan daerah ini terpaksa mengeluarkan notis Perintah Tutup Premis kepada Pasar Terbuka Pekan Ranau, bermula 27 Ogos (4.00 petang) berikutan kegagalan para peniaga dan orang awam mematuhi  prosidur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Jurucakap Jabatan Kesihatan  Malaysia (JKM) Ranau, memberitahu pihaknya terpaksa mengarahkan penutupan premis itu bagi menjalankan kuasa di bawah perenggan 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Pegawai Diberi Kuasa melaksanakan penutupan seluruh premis.

“Premis itu hanya akan dibenarkan beroperasi semula sehingga usaha-usaha pembersihan dapat dilakukan termasuklah pembasmian kuman, tikus, serangga dan sebagainya berada dalam keadaan baik dan tidak ada yang menyebabkan penyakit berjangkit kepada orang ramai.

“Kepada semua peniaga dan orang ramai juga diingatkan supaya mematuhi semua SOP yang ditetapkan,” jelas jurucakap Jabatan Kesihatan Daerah Ranau.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *