Jangan Mudah Percaya Berita Pengait Tular Di Media Sosial

Mohd Azhar Hamin

SANDAKAN: Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat dari pihak polis.

Mohd Azhar berkata, maklumat tidak sahih berkaitan jenayah dan soal keselamatan setempat yang menjadi tular di laman sosial boleh mencetuskan kebimbangan dan panik dalam masyarakat.

“Ini akan menyebabkan berlaku kekeliruan dalam masyarakat, timbul rasa gelisah dan marah oleh masyarakat dengan kejadian yang menjadi tular itu,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat peelu semak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita menerusi polis serta media cetak dan elektronik tempatan yang melaporkan berita yang sahih.

Sebelum ini, berita mengenai berita pengait yang ditularkan melalui laman sosial telah tular didakwa berlaku di taman perumahan, Taman Sentosa Jalan Utara Sandakan.

Mohd Azhar mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu dan tiada kes seumpama itu berlaku.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

12965