Benta Edible Nafi Kilang Minyak BESS Ditutup

Dalahan Buduk

TAWAU: Ketika produk minyak masak baru memasuki pasaran tempatan, Benta Edible Oil Sdn Bhd mula berdepan cabaran apabila dijadikan alat mainan politik pihak tertentu.

Sudah mula timbul dakwaan menyatakan kilang minyak masak pertama Sabah, BESS yang diusahakan anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) itu ditutup.

Pengerusi Benta Edible Oil Sdn Bhd, Dahalan Buduk berkata, mana mungkin kilang yang semakin berkembang itu ditutup.

Katanya, dalam suasana politik yang tidak stabil ini, janganlah ada pihak menjadikan kilang yang diinspirasikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ini sebagai bahan politik.

“Benta adalah anak syarikat Yayasan Sabah, bukan syarikat individu. Kepentingan yang ada dalam syarikat ini adalah untuk rakyat Sabah, tiada kepentingan individu.

“Syarikat ini kepunyaan rakyat Sabah dan pekerjanya juga adalah rakyat Sabah. Kewujudannya adalah hasil mandat dan kepercayaan yang rakyat Sabah berikan kepada kerajaan (Warisan) ,” katanya ketika mengulas dakwaan yang ditularkan dalam laman media sosial mendakwa kilang minyak masak BESS ditutup.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Borneo Today, di Kilang Pembungkusan BESS, di sini semalam.

Menurutnya, beliau sendiri terlibat sejak mula penubuhan kilang itu. Beliau sendiri hadir dalam perbincangan bersama Ketua Menteri yang meminta Benta Wawasan mewujudkan kilang minyak masak bagi memacu industri hiliran sawit di Sabah.

Seharusnya rakyat Sabah memberi kepercayaan dan keyakinan kepada syarikat tempatan untuk terus berkembang bagi membawa jenama minyak Sabah ke pasaran luar.

“Kita sepatutnya menyokong dan mendokong sesuatu yang baik untuk maju ke hadapan dan bukannya membuat tohmahan tidak berasas sebegini,” ujarnya.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *