Bayern Munich ‘Raja Eropah’

Penjaga gol Bayern, Manuel Neuer (tengah) dan rakan sepasukan meraikan kejayaan di Lisbon. Foto AFP

Bayern Munich memenangi Liga Juara-Juara selepas menewaskan Paris Saint-Germain 1-0 awal pagi tadi sekali gus gelaran keenam buat gergasi Jerman itu.

Tandukan Kingsley Coman pada minit ke-59 memastikan kejayaan Bayern di Estadio da Luz, Lisbon dan mengecewakan bekas kelabnya ketika zaman kanak-kanak, PSG yang mara ke final kali pertama dalam kejohanan paling berprestij di Eropah itu.

Kemenangan itu juga bermakna Bayern melengkapkan gelaran treble kedua – Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara selepas kali pertama melakukannya pada 2013.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

312