Tempoh Pajakan Tanah Di Sabah Dilajuntkan 999 Tahun

NABAWAN: Kerajaan Sabah memutuskan pemulihan tempoh pajakan tanah di negeri ini daripada 99 tahun kepada 999 tahun

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata keputusan itu dibuat Kabinet negeri pada 17 Jun lalu.

“Perkara ini telah diputuskan kabinet negeri pada 17 Jun lalu dan hari ini saya umumkannnya iaitu pajakan tanah daripada 99 ke 999 tahun, ini seolah-olah Freehold (pegangan bebas).

“Ini akan memberi lebih banyak manfaat bukan hanya kepada pemilik tanah tetapi juga pembangunan yang ada di kawasan terbabit.

“Contoh jika ada pembangunan, mereka ada tempoh selama 999 tahun dan nilai itu akan meningkatkan hasil,” katanya ketika melancarkan cadangan projek Pekan Hijau Nabawan, Pekan Hutan Tropika Sapulut, Hab Makanan Zon Pedalaman dan Tanaman Komuniti Paulownia serta penyerahan geran tanah daerah Nabawan, di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Wilfred Madius Tangau; Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Bernard Liew Chau Min dan Pengerusi SEDCO, Datuk Dr Richard Sakian Gunting.

Pemulihan pajakan tanah daripada 99 tahun ke 999 tahun itu membabitkan sebanyak 5,978 hak milik.

Dalam sidang media mengenai pelancaran cadangan empat projek di Nabawan itu, Mohd Shafie berkata ia akan memberi banyak manfaat kepada penduduk di daerah berkenaan.

“Bukan hanya menjadikan Nabawan sebagai pekan hijau tetapi juga pertanian menerusi hab makanan itu akan membantu masyarakat di situ meningkatkan pendapatan mereka.

“Malah kedudukan Nabawan yang tidak jauh dari Kalimantan akan memberi banyak manfaat kepada daerah ini,” katanya sambil menambah perancangan yang baik akan membantu rakyat di daerah ini.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *