Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Tingkat Empat Flat Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 7-tahun disahkan meninggal dunia akibat terjatuh daripada tingkat empat sebuah flat di kawasan Kota Kinabalu, pukul 8:26 malam tadi.

Kanak-kanak berkenaan dijaga dan tinggal bersama neneknya yang berusia 52 tahun sejak empat tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji memaklumkan fakta kes tersebut kepada wartawan RTM ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, nenek mangsa berada di tandas dan mendengar jiran di bawah rumah mereka menjerit seorang budak telah terjatuh.

Dia kemudian keluar ke ruang beranda dapur dan mendapati cucunya terjatuh. Pegawai perubatan daripada Hospital Queen Elizabeth II yang memeriksa keadaan mangsa, mengesahkan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

ACP Habibi turut memaklumkan, ibu dan bapa mangsa menyewa di rumah berlainan dan bekerja sebagai pembersih awam.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sumber /Foto : Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *