599 Lagi Geran Tanah Diserahkan Kepada Rakyat Di Beluran

Shafie menyerahkan geran tanan kepada Penerima, Turus Saladou, 70 ketika majlis tersebut.

BELURAN: Sebanyak 599 penerima dari 47 buah kampung di daerah Beluran dan Telupid menerima geran tanah bagi kawasan seluas 4,062.32 ekar, hari ini.

Penyerahan itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Daripada jumlah itu, 318 geran dikeluarkan kepada penduduk Beluran manakala, 281 geran bagi Telupid.

Untuk geran tanah di bawah Program Pengukuran Tanah Pendudukan Anak Negeri (PANTAS) di Beluran, sebanyak 107 geran diserahkan kepada penduduk di Kampung (Kg) Tangkarason.

Manakala, di bawah geran tanah hasil kelulusan permohonan tanah (NT), sebanyak 211 geran diserahkan kepada penduduk 30 buah kampung di Beluran.

Sementara di Telupid, 161 geran diserahkan kepada penduduk Kg Berayung,  Kg Mau dan Kg Taviu di bawah PANTAS dan 120 geran untuk 13 kampung.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

477