(VIDEO) 5 Pelajar Di Ranau Ditahan Selepas Video Bergaduh Tular

Rakaman video pergaduhan pelajar di sebuah sekolah di Ranau yang tular di media sosial.

RANAU: Lima pelajar termasuk seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Ranau, ditahan polis malam tadi, selepas tular klip video memaparkan pergaduhan antara mereka di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pelajar lelaki pada 10.40 malam tadi berhubung pergaduhan dan penularan klip video itu.

Katanya, susulan laporan itu, pihaknya menahan semua pelajar berusia 16 tahun terbabit termasuk pelajar perempuan yang dipercayai merakam kejadian untuk membantu siasatan.

“Saya sendiri melihat video pergaduhan itu di media sosial yang mana terdapat sekumpulan pelajar terlibat pergaduhan.”

“Polis akan menjalankan siasatan terhadap pelajar yang terlibat dalam video itu dan kita minta seluruh masyarakat agar memadam serta menghentikan penyebaran video berkenaan,” katanya.

Sejak jam 3 petang semalam, tular video di laman sosial facebook memaparkan seorang pelajar lelaki dibelasah beberapa individu di kawasan awam.

Video berdurasi 15 saat yang dipercayai dirakam pelajar perempuan itu turut memaparkan beberapa pelajar lelaki yang menyaksikan pergaduhan itu kemudiannya campur tangan.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

https://www.youtube.com/watch?v=5ulx8StBY3A&feature=youtu.be

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *