Tiga Kes Kolera Dikesan Di Tawau Dan Kunak

TAWAU: 07 OGOS 2020 (Jumaat) – Tiga kes baharu kolera di kesan masing-masing dua di Tawau dan satu di Kunak sekali gus merekodkan jumlah kumulatif kolera di Sabah adalah sebanyak 86 kes.

Berdasarkan infografik dikeluarkan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, Semporna kekal mencatatkan daerah tertinggi kolera iaitu sebanyak 46 kes.

Ini diikuti Kota Kinabalu 15 kes, Kunak 10 kes, 4 di beaufort, tiga di Putatan dan Tawau, dua di Kinabatangan dan masing-masing satu kes di Lahad Datu, Sipitang serta Tuaran.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat mengamalkan langkah pencegahan yang diperlukan untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga dengan minum air dimasak atau yang telah dibotolkan serta memastikan buah-buahan, makanan laut, ulam yang dimakan mentah dibasuh dengan air terawat atau sudah dimasak.

Individu yang mengalami cirit-birit berair juga dinasihat segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berdekatan. 

SumbeR: BESTAWAUFM

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *