Jangan Makan Kerang-Kerangan Dari Laut Membakut

BEAUFORT: Orang ramai dilarang memakan semua jenis kerang-kerangan berikutan paras toksin paralytic shellfish poisoning (PSP) yang tinggi di kesan di laut Kampung (Kg) Binsulok, Membakut.

Penguasa Perikanan Daerah Beaufort, Abd Kahar Mohd Hassan berkata, larangan itu dikeluarkan setelah sampel kerang-kerangan diambil di perairan laut Kg Binsulok yang mendapati toksin PSP yang tinggi dan berbahaya untuk dimakan.

Gambar Hiasan

“Dengan itu, orang ramai dilarang memakan semua jenis kerang-kerangan seperti tiram, dalus, kupang mahupun tontol.

“Larangan ini berkuat kuasa sehingga air laut bersih dari toksin PSP,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Bagaimanapun, makanan laut seperti ikan, sotong, udang dan ketam adalah selamat untuk dimakan dengan membuang insang, perut dan dicuci dengan bersih.

Larangan mengambil dan memakan kerang-kerangan itu dikeluarkan untuk penduduk Kg Binsulok, Kg Pimping dan Kg Brunei, Membakut.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

10274