Remaja Maut Terperosok Di Bawah Lori

Kemalangan membabitkan lori dan motosikal di Jalan Marabahai-Serusup berhampiran simpang Marabahai Spur, Tuaran. – Foto Ihsan PDRM

TUARAN: Seorang remaja lelaki maut akibat terseret selepas motosikal ditunggangnya terperosok di bawah lori di Jalan Marabahai-Serusup berhampiran simpang Marabahai Spur di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun cedera parah di kepala serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim, berkata siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal di jalan lurus dari arah Tuaran menghala Gayang.

“Sebaik menghampiri lokasi, sebuah lori dari arah Tuaran membuat pusingan U di hujung pembahagi jalan untuk membelok kanan dan menuju ke Tenghilan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan merempuh lori itu.”

“Akibat rempuhan itu, mangsa bersama motosikalnya terperosok di bawah lori dan terseret. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian paramedik.

Kemalangan membabitkan lori dan motosikal di Jalan Marabahai-Serusup berhampiran simpang Marabahai Spur, Tuaran. – Foto Ihsan PDRM

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuaran untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Bagaimanapun, pemandu lelaki lori berusia 60 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *