
KOTA KINABALU: Polis Sabah hari ini, menafikan mesej yang menjadi viral yang kononnya meminta orang ramai jangan keluar ke Bandaraya Kota Kinabalu kerana keadaan tidak selamat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata, mesej yang menjadi viral di aplikasi WhatsApp itu adalah tidak betul.

“Ia tidak betul…keadaan di sini (Bandaraya Kota Kinabalu) tenang dan terkawal.
“Saya meminta orang ramai agar tidak percaya dengan mesej yang menjadi viral dan dalam masa sama jangan menyebar berita palsu.
“Mereka yang didapati menyebar berita palsu boleh diambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai satu mesej yang menjadi viral iaitu “Jangan keluar untuk jalan2 di bandaraya KK hari ini 30/7/2020 demi berjaga2 kemungkinan berlaku sesuatu yg tidak diingini akibat keputusan Pengumuman Berita oleh pihak Istana (TYT) Negeri Sabah pd pagi ini”.- BorneoToday
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost