Patuhi SOP Jika Tidak Mahu Berdepan PKP Semula

KOTA KINABALU: Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon mengajak rakyat di negeri ini agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan bagi membendung penularan Covid-19.

Menurut beliau, langkah berkenaan amat penting supaya negara tidak akan sekali lagi dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akhirnya memberi kesan kepada semua pihak.

“Kita sudah mengalami PKP pada 18 haribulan lepas dan selepas itu sekarang kita berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kita harus sabar dan ikut peraturan yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sebab mereka yang pakar, mereka tahu perkembangan semasa Covid-19 dan kita juga tahu bahawa vaksin ini belum ada di dunia ini,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima 35 unit alat bantuan pernafasan (BiPAP) oleh Yayasan Temasek di Hospital Queen Elizabeth, hari ini.

Tambahnya, kerjasama daripada rakyat amat penting untuk mengelakkan kes Covid-19 terus meningkat di negeri ini.

“Saya perlu kerjasama daripada semua pihak supaya kita boleh maju ke hadapan, tanpa kerjasama masyarakat, seperti pada awal-awal kes semakin meningkat, hari sebelum ini ada empat kes baharu dan semalam ada tiga lagi kes baharu, macam mana pula hari ini, macam mana pula esok.

“Tetapi jika kita praktikkan apa yang dinasihatkan oleh JKNS , kita akan selamat,”katanya.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *