KKM Nafi Murid Tahun Dua Di Sabah Dijangkiti Covid-19

Gambar tular petugas kesihatan memakai PPE yang didakwa di sebuah sekolah rendah di Sabah.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan murid Tahun Dua sebuah sekolah kebangsaan di Sabah dijangkiti korinavirus (Covid-19).

Penafian itu dibuat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

“Berita palsu,” katanya ringkas.

Terdahulu lewat petang hari ini, tular di WhatsApp murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Inanam Laut, Sabah dikatakan positif wabak itu.

Turut disertakan sekeping gambar petugas kesihatan yang memakai pakaian pelindung diri (PPE).

Hari ini, Sabah merekodkan tiga daripada tujuh kes baharu positif Covid-19.

Kesemua kes penularan dalam negara di negeri itu melibatkan rakyat tempatan.

Dua kes dikesan pada saringan pra pembedahan dan pesakit dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu manakala satu kes dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 8,904 kes positif Covid-19 dengan 179 kes aktif.- Sinar

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

20062