COVID-19: Sabah Catat Empat Kes Baharu

KOTA KINABALU: Empat daripada tujuh kes Covid-19 baharu yang dicatatkan di negara ini, hari ini, adalah di Sabah termasuk tiga kes penularan tempatan.

Kes baharu di Sabah itu membabitkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang yang masing-masing mencatat dua kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang pernah dicatatkan di Sabah setakat ini sebanyak 389 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kes penularan tempatan di Sabah terbabit dikesan menerusi saringan pra-pembedahan, dan dua kes dirawat di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu manakala satu kes lagi di Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Likas.

Kesemua kes penularan tempatan itu juga membabitkan warga tempatan manakala satu kes import membabitkan seorang warga Pakistan.

Tiada kes sembuh dicatatkan di Sabah pada hari ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini meningkat sebanyak sembilan kes.

Pecahan bagi kes aktif yang direkodkan di Sabah ialah masing-masing tiga kes di Kota Kinabalu dan Penampang serta masing-masing satu kes di Tawau, Sandakan dan Putatan.

Dalam pada itu, tiada kematian akibat jangkita wabak itu dicatatkan hari ini dengan jumlah kes kematian di Sabah kekal sebanyak tujuh kes.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatat kes Covid-19 selepas Kuala Lumpur yang mencatat 2,462 kes, Selangor (2,119), Negeri Sembilan (1,028), Johor (737), dan Sarawak (650).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4068