Penduduk Rayu Jalan Kampung Dibaik Pulih

Jalan raya di Kg Logpon ini memerlukan penyelenggaraan segera.

BEAUFORT: Kerajaan digesa membaikpulih jalan rosak menuju ke Kg Logpond Weston, dekat sini selepas hampir 10 tahun tidak pernah diselanggarakan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Yusof berkata kerosakan di atas permukaan laluan itu bertambah teruk dan pihak berwajib tidak pernah datang untuk membaikinya.

“Aduan mengenai perkara ini sudah berulang kali dibuat. 

“Selain itu, banyak lagi laluan yang rosak tapi kerajaan seolah-olah membiarkan perkara ini,” katanya.

Katanya, jalan berkenaan yang menghubungkan Kg Logond dan Kg Hulu dan Pekan Weston digunakan setiap hari sama ada untuk ke pekan Weston atau pekan Beaufort.

Yusof mendakwa, jalan raya itu dalam keadaan sudah lebih 10 tahun tanpa ada sebarang tindakan diambil.

“Kami harap UPPM Dun Lumadan bersama wakil rakyat supaya turun meninjau keadaan jalan raya di kampung ini. 

Jangan biarkan jalan ini terus rosak sebelum berlaku sebarang kemalangan jiwa,” katanya. – Harian Ekspres

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *