Man United & Chelsea Ke UCL

Manchester United dan Chelsea mengesahkan tempat pada saingan Liga Juara-Juara (UCL) ketika Bournemouth dan Watford jatuh di zon penyingkiran.

Dalam aksi perlawanan terakhir liga yang penuh dramatik bagi musim terpanjang Liga Perdana.

Liverpool dimahkotakan juara bulan lalu tetapi terlalu banyak isu pada aksi 90 minit perlawanan dalam kempen yang bermula pada 9 Ogos tahun lalu dan diganggu dengan penangguhan selama tiga bulan kerana Covid-19.

United menamatkan kedudukan di tempat ketiga selepas mencatat kemenangan 2-0 dalam pemburuan tempat ke UCL berdepan Leicester sementara Chelsea menamatkan saingan di tempat keempat selepas mengatasi Wolves 2-0 menerusi dua jaringan pada penghujung babak pertama.

Di persada liga, Bournemouth dan Watford jatuh ke saingan liga kejuaraan sementara penyokong Aston Villa menarik nafas lega selepas pasukannya seri di West Ham.

Kedudukan kelima dalam liga menyaksikan Leicester akan bersaing dalam aksi Liga Europa musim depan dan disertai Tottenham yang mencatat keputusan seri 1-1 di Crystal Palace sekali gus menutup peluang Wolves.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

236