Hanya 10 Ekor Haiwan Sembelihan Sahaja Dibenarkan Dalam Satu-satu Masa Ibadah Korban – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan mengehadkan jumlah haiwan untuk ibadah korban sempena Aidiladha, tidak lebih daripada 10 ekor bagi masjid dan surau, termasuk lokasi korban yang dibenarkan Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , berkata ia adalah sebahagian daripada hasil semakan semula prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Aidiladha dilakukan kerajaan, selepas mengambil kira risiko penularan semula jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, had jumlah haiwan untuk ibadah itu adalah tertakluk kepada keluasan lokasi korban.

“Selain itu, jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban mengikut nisbah 20 orang untuk setiap ekor haiwan.

“Jamuan makan di tapak korban adalah tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *