Sabah Bakal Lancar Kilang Minyak Masak Ketiga Ogos Ini

TUARAN:  Sabah akan membuka kilang minyak masak ketiga di negeri ini di daerah Keningau, bulan depan.

Kilang minyak masak ketiga ini akan dilaksanakan oleh Lwmbaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pihak pengurusan SLDB sudah memaklumkannya untuk pelancaran kilang itu pada bulan depan.

“Pembukaan kilang ini akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di daerah itu selain sumber pendapatan kepada penanam kelapa sawit.

“Kilang di Keningau akan dilaksanakan oleh SLDB. Sebelum ini kita sudah ada dua kilang minyak masak iaitu di Tawau yang dikendalikan oleh Benta Wawasan manakala di Sandakan oleh Sawit Kinabalu,” katanya dalam sidang media selepas majlis ramah mesra bersama peneroka kecil getah di Pusat Latihan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di sini hari ini.

Sebelum ini, Sabah melancarkan kilang pertama minyak masak dengan jenama BESS di Tawau dan kilang kedua di Sandakan dengan jenama GOLD pada 4 Julai lalu.

Difahamkan jenama minyak masak terbaharu ini akan dikenali sebagai Onsoi (bahasa tempatan).- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *