Tetak Rakan Hingga Mati Ada Hubungan Sulit Dengan Bekas Isteri

Polis mengesan seorang lelaki warga Filipina dikenali sebagai Marvin Ramiris, 20, untuk membantu siasatan kes berkenaan.

BELURAN: Cemburu rakan mempunyai hubungan sulit dengan bekas isteri dipercayai menjadi  motif seorang lelaki Filipina menetak mati teman sekerjanya di Ladang Sabang Maju, Sugut di sini.

Dalam kejadian di rumah kongsi pekerja ladang pada jam 12 tengah malam Rabu, suspek yang berusia 20 tahun dipercayai berang selepas mengetahui mangsa mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, suspek dipercayai menetak rakan sekerjanya pada bahagian pangkal leher menggunakan parang.

“Mangsa  meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Suspek melarikan diri menggunakan motosikal selepas kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Katanya, polis sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, beliau berkata, polis mengesan seorang lelaki warga Filipina dikenali sebagai Marvin Ramiris, 20, untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi polis dengan segera.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

14616