Berkunjung Ketika Aidiladha Masih Dibenarkan

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung langkah mengehadkan kehadiran tetamu dan aktiviti ziarah untuk sambutan Aidiladha hujung bulan ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, pada masa ini keputusan membenarkan aktiviti kunjung mengunjung untuk Aidiladha juga kekal.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berubah jika berlaku peningkatan kes COVID-19 dalam tempoh beberapa hari ini.

“Semuanya bergantung kepada angka kes jangkitan baharu dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

“Keadaan boleh berubah mengikut keadaan dan situasi semasa, sebelum ini kita tidak sekat kehadiran tetamu pada hari biasa, jadi untuk Raya Haji mengapa kita perlu sekat?

“Prosedur operasi standard (SOP) Raya Haji ini, kita akan tentukan kemudian, jika ada peningkatan kes kita mungkin ia akan diubah,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *