Pemandu Maut Kereta Dirempuh Treler Di Jalan Beaufort – Menumbok

Keadaan kereta mangsa selepas dirempuh lori treler.

BEAUFORT: Seorang pemandu maut selepas kereta dinaiki dirempuh lori treler yang membawa muatan kereta di Kilometer 36 Jalan Beaufort- Menumbok.

Mangsa, Jamal Jumari, 33, beralamat di Kampung Kionsom Inanam Kota Kinabalu dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Keadaan kereta mangsa selepas dirempuh lori treler.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, kejadian jam 7.30 pagi membabitkan sebuah kereta jenis sedan dinaiki mangsa dan sebuah lori treler dipandu lelaki 30 tahun.

“Semasa kejadian lori treler yang dalam perjalanan dari arah Kuala Penyu menuju ke Menumbok gagal memberhentikan kenderaan semasa kereta di hadapannya membelok masuk ke simpang Kampung Kepayan -Bt. Linting.

“Lori treler terbabit kemudiannya merempuh bahagian hadapan kereta mangsa yang dalam perjalanan dari arah Menumbok ke Kuala Penyu iaitu di laluan bertentangan sebelum terbabas ke kawasan semak tepi jalan,” katanya.

Menurutnya, impak rempuhan menyebabkan mangsa disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian dalaman badan manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Keadaan kereta mangsa selepas dirempuh lori treler.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu treler yang dipercayai gagal menjaga jarak diantara kenderaan dan tidak dapat mengawal lori untuk berhenti.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2415