Masuk Kawasan Sekolah Perlu Kebenaran JPNS

Mistirine Radin

PENAMPANG: Mana-mana pihak yang mahu memasuki kawasan sekolah perlu memohon kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) terlebih dahulu.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Dr. Mistirine Radin berkata, arahan itu bagi memastikan keselamatan warga sekolah dapat dijaga dan terkawal.

Katanya, sesiapa sahaja melainkan guru dan mereka yang bertugas di sekolah tidak boleh memasuki kawasan sekolah.

Bagaimanapun pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat pekeliling yang melarang pemimpin tempatan termasuk menteri untuk memasuki kawasan sekolah.

“JPNS sebelum ini sudah banyak memberi kelulusan bagi mereka yang memohon kebenaran untuk memasuki kawasan sekolah.

“Setakat ini ada juga pemimpin tempatan yang membuat permohonan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) St. Aloysius Limbanak di sini.

Beliau berkata, arahan untuk memohon kebenaran berkenaan adalah mengikut peraturan sedia ada yang ditetapkan kementerian.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *