Bayi Antara 9 PATI Ditahan Cuba Masuk Ke Negeri Ini Secara Haram

TAWAU: Cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup masuk ke daerah ini gagal, apabila kehadiran mereka berjaya dikesan penduduk di Kampung Batu Payung, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukil 8 malam itu, sembilan PATI terdiri daripada tiga lelaki, tiga wanita dan selebihnya kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia tiga bulan berjaya dikesan penduduk ketika bersembunyi di sebuah longkang besar di situ.

Wartawan Borneo Today yang kebetulan berada di lokasi kejadian, mendapati semua individu itu ditahan bersama beberapa beg dan bungkusan berisi pakaian.

Difahamkan kumpulan PATI tersebut bertolak dari Nunukan, Indonesia menuju ke perairan Batu Payung menaiki sebuah bot.

Penduduk kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian tersebut sebelum menyerahkan semua suspek berkenaan untuk tindakan lanjut.

Semua suspek kemudian dibawa ke Pondok Polis Bandar Sri Indah, sebelum dihantar ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau bagi tujuan kuarantin.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *