Kes Kolera Di Sabah Meningkat Mendadak

KOTA KINABALU: Bilangan kumulatif kes penyakit kolera di Sabah meningkat secara mendadak kepada 43 kes, berbanding 21 seperti direkodkan pada 1 Julai lalu.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Sabah, Datuk Frankie Poon Min Fung, berkata faktor utama peningkatan dua kali ganda kes dalam tempoh tiga minggu itu, adalah kerana jangkitan penyakit bawaan air dan makanan tercemar.

Antara punca utama jangkitan kolera adalah disebabkan pesakit memakan makanan yang tidak dimasak atau mentah serta tidak membersihkan peralatan memasak dengan air yang dirawat.

“Walaupun kolera dapat diubati dan tidak membawa maut seperti COVID-19, namun ia boleh menyebabkan kematian dalam kes-kes yang serius jika tidak diberi rawatan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata antara punca utama jangkitan penyakit berkenaan adalah disebabkan pesakit memakan makanan yang tidak dimasak atau mentah serta tidak membersihkan peralatan memasak dengan air yang dirawat.

“Oleh itu, penting untuk kita mengambil langkah pencegahan yang diperlukan untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga dengan minum air dimasak dan mencuci tangan dengan sabun sebelum makan atau mengendalikan makanan dan setelah pergi ke tandas.

“Selain itu pastikan makanan laut dan daging dimasak dengan betul,” katanya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *