Tawau Tersenarai Lokaliti Wabak Aktif Deman Denggi

TAWAU; 19 JULAI 2020 (Ahad) – Taman Semarak Fasa Dua Tawau dan Lalandang Tenom diisyitihar lokaliti wabak aktif demam denggi di Sabah.

Berdasarkan infografik dikeluarkan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, Taman Semarak Fasa Dua berkenaan merekodkan kumulatif enam kes denggi.

Dalam pada itu, lima lokaliti lain di Tawau iaitu Kampung Muhibbah raya fasa satu, kampung kongsi 8, Pasir Putih Blok A, Taman Hill Top dan Sungai Imam, wabak demam denggi adalah terkawal.

Tiga lokaliti di Lahad Datu juga terkawal iaitu Taman Sri Perdana, Taman Setia dan Felda Sahabat. Sabah merekodkan 2-ribu 795-kes kumulatif demam denggi dengan mencatatkan 14 kematian. – BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1505