Sabah Benarkan Semula Aktiviti Sukan Termasuk Bola Sepak & Rekriasi

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan untuk membenarkan pembukaan sektor sukan dan rekreasi bermula Isnin ini.

Pembukaan aktiviti itu membabitkan sukan berpasukan iaitu bola sepak, ragbi, hoki, sepak takraw, bola keranjang, skuasy, bola jaring dan sebagainya serta sukan kombat seperti karate, pencak silat, taekwando, judo, wushu dan sebagainya.

Selain itu, kerajaan negeri turut membenarkan penganjuran kejohanan atau pertandingan tempatan tanpa penonton yang tidak melibatkan perhimpunan besar-besaran untuk sukan yang tiada bersentuhan fizikal seperti sukan pemotoran (kejohanan litar tempatan) dan sukan individu (kejohanan badminton, catur, ping pong dan sebagainya).

Bagi penganjuran kejohanan atau pertandingan tempatan tanpa penonton untuk sukan

bersentuhan fizikal seperti kejohanan bola sepak, liga ragbi, liga hoki, liga sepak takraw, kejohanan karate, taekwondo, pencak silat dan lain-lain juga turut dibenarkan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata,  keputusan itu selaras dengan keputusan yang telah dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan

pada 10 Julai lalu.

“Kerajaan negeri memutuskan untuk membenarkan sektor sukan dan

rekreasi dilaksanakan mulai 20 Julai  tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) dan SOP Kementerian Belia dan Sukan.

“Pihak penganjur diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur dan arahan yang

ditetapkan sepanjang masa,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Terdahulu, masyarakat di negeri ini turut diingatkan untuk mempertingkatkan amalan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1573