Maximus Ongkili Dilaporkan Diserang Strok?

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dipercayai diserang strok baru-baru ini.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil seperti dilaporkan Malaysiadateline.com hari ini berkata, dua wakil rakyat penyokong kerajaan tidak dapat mengundi menyokong usul menggantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Isnib lalu kerana seorang mempengerusikan persidangan manakala seorang lagi diserang strok.

Satu-satunya wakil rakyat kerajaan yang tidak hadir semasa usul itu diundi ialah Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Majoriti hanya dua undi sahaja. Kita 111 daripada 222 kerusi dan dia dapat 109. Ia berlaku apabila seorang MP kita sakit kena strok dan seorang lagi tidak mengundi kerana jadi speaker.

“Cuba kalau pada hari itu ada MP kita sakit perut, tak boleh masuk Parlimen… terlungkup kita,” kata Isham seperti dilaporkan portal berita itu.

Khabar angin mengenai keadaan kesihatan Maximus mula tersebar sejak hujung minggu lalu.

Seorang setiausaha beliau yang dihubungi Borneo Today sebelum ini bagaimanapun memaklumkan Maximus hanya mengalami kepenatan melampu dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

Beberapa pemimpin tempatan turut menyampaikan kata-kata semangat Maximus untuk segera pulih di dalam Facebook beliau.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *