COVID-19: Kes Positif Di Luyang Resahkan Orang Awam

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa sedang giat mengesan kontak bagi dua pesakit baharu Covid-19 yang dikesan di negeri, namun orang ramai yang bimbang dengan perkara itu berharap agar lebih banyak maklumat mengenainya didedahkan.

Media sosial sejak semalam heboh mengenai penemuan kes terbaharu itu membabitkan seorang wanita dari Luyang.

Sehubungan itu, netizen meminta pegawai kesihatan untuk memberikan lebih banyak maklumat mengenai kes wanita itu, terutama berkaitan dengan kontak rapatnya dan tempat yang dikunjungi pesakit itu baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Datuk Christina Rundi berkata, kes wanita itu dikesan oleh sebuah hospital swasta di sini, selepas pesakit mendapatkan rawatan itu di sana sementara kes kedua dikesan di hospital Ranau.

“Kami percaya bahawa kedua-dua kes itu dilokalisasikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu, sambil menambah bahawa pegawai kesihatan di Ranau sedang melakukan yang terbaik untuk mengesan kontak dua kes terbaru itu.

Dr. Rundi berkata, kedua-dua pesakit sudah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes di Luyang terutamanya, mendapat perhatian orang ramai yang semakin khuatir, di mana mereka meluahkan kebimbangan di media sosial.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe yang prihatin dengan kebimbangan itu berkata, semua pihak perlu menghormati privasi pesakit itu.

Namun katanya, lebih banyak maklumat sepatutnya didedahkan oleh kesihatan mengenai kes wanita itu daripada segi pergerakannya sebelum virus itu dikesan positif.

“Rasa panik dalam kalangan orang ramai harus diambil kira. Saya pun bimbang, sepertinya ada yang tidak didedahkan,” katanya.

Beliau berharap, pihak berkuasa dapat memberi lebih banyak maklumat kepada orang ramai supaya mereka boleh mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya gesa orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard setiap saat,” kata Phoong, yang juga adalah Menteri Belia dan Sukan negeri.

Sementara itu, Dr Rundi berkata, dua kes terbaru itu menjadikan jumlah kes di Sabah menjadi 375, dengan 12 masih dirawat di hospital di negeri ini.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *