Harga Tiket Penerbangan Perlu Kembali Normal

gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan diminta menyelaraskan harga tiket ke paras normal seperti sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kini tiada lagi alasan untuk syarikat penerbangan menawarkan harga tiket yang tidak munasabah kerana kerajaan sudah membenarkan jumlah penumpang pada kapasiti penuh.

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP mengambil maklum mengenai isu harga tiket penerbangan yang tinggi, terutama bagi penerbangan domestik antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Oleh kerana syarikat penerbangan sudah dibenarkan beroperasi dengan jumlah penumpang berkapasiti penuh, mesyuarat khas berpendapat harga tiket penerbangan perlu kembali semula kepada asal seperti sebelum PKP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di Putrajaya, hari ini.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *