Beli Online iPhone 11 Tapi Dapat Daun Terup

Iga ketika membuat laporan di Balai Polis Palembang.

PALEMBANG: Tempah iPhone 11 tapi yang sampai adalah kad daun terup. Itu nasib seorang wanita di Indonesia yang membuat pembelian telefon bimbit itu secara dalam talian.

Iga Pramadhanti, 26, menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian selepas membuat pesanan pembelian iPhone 11 dengan harga 1.05 juta rupiah (RM317).

Iga berkata, dia tertarik membeli telefon bimbit itu selepas melihat iklan di salah sebuah aplikasi beli-belah dalam talian yang menawarkan harga lebih murah berbanding pasaran.

“Harga telefon bimbit itu 6 juta rupiah (RM1,812.7) tetapi saya dan penjual bersetuju untuk membayar 1.05 juta rupiah.

“Bakinya, akan dibayar selepas menerima barang. Lelaki itu ada menghubungi saya meminta baki terlebih dulu dijelaskan namun saya menolak,” katanya.

Katanya, suspek bersetuju mengirimkan pesanan itu terlebih dahulu, namun memeranjatkan barangan diterima tidak sama seperti dipesan.

“Bukan iPhone 11 tetapi kad daun terup yang ada dalam bungkusan kotak itu.

“Saya cuba menghubungi nombor WhatsApp penjual, tetapi nombor saya disekat,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Palembang.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1113