Kes Baharu Covid-19 Di Sandakan Dikesan Menerusi Aktiviti Saringan Bersasar

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memaklumkan kes Covid-19 yang dilaporkan semalam merupakan seorang lelaki tempatan yang dikesan positif melalui aktiviti saringan bersasar di Pasar Umum Sandakan.

Pengarahnya, Datuk Dr. Christina Rundi berkata, lelaki itu telah dimasukkan ke wad Duchess of Kent di Sandakan untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, aktiviti kawalan dan pencegahan bagi membendung penularan Covid-19 di kawasan itu sedang giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Sandakan.

Semalam, Pegawai Kesihatan Daerah Sandakan, Dr. Johari Awang Besar memaklumkan kes yang dikesan bukan membabitkan penjual ikan di dalam pasar berkenaan, sebaliknya ketika pemeriksaan kesihatan dilakukan terhadap semua penjaja dan penjual di pasar.

Beliau berkata demikian susulan beberapa mesej menerusi applikasi Whatsapp yang tular melarang sesiapa berkunjung ke kawasan itu kerana terdapat kes positif Covid-19.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2145