Calon SPM Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Hilux Di Tawau

Keadaan motosikal mangsa – Foto Media Sosial

TAWAU; 30 JUN 2020 (Selasa) – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah Toyota Hilux di Jalan Utara Baru simpang Taman King Fook, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.35 malam itu, mangsa lelaki berumur 17 tahun berkenaan meninggal dunia pukul 9.32 malam selepas dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan.

Foto Medial Sosial

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan medianya berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari arah Taman Ria menuju balik ke Tanjung Batu manakala seorang jurujual berumur 30 tahun yang memandu sebuah Toyota Hilux dari arah Batu 1 menuju ke Taman King Fook.

Semasa di tempat kejadian, pemandu berkenaan dipercayai memasuki laluan mangsa sebelum membelok ke simpang sebelah kanan.

Mangsa yang tidak dapat mengelak kemudian bertembung dengan Toyoya Hilux sehingga mengakibatkan mangsa tercampak di atas jalanraya manakala motosikalnya terseret sejauh 3.4 meter dari tempat kemalangan.

Menurut ACP Peter, pemandu Hilux telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SumbeR: #BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *