TAWAU: Seramai 409 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia berjaya diusir pulang dari Jeti Feri Tawau ke Nunukan, Indonesia, di sini, hari ini.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, ia membabitkan Program Pengusiran Siri Ke-19 Pati warganegara Indonesia dan Filipina menerusi jalan laut.
“Dalam masa sama, 11 PATI Pakistan, China dan Sri Lanka turut diusir menerusi pengangkutan udara yang dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran Pati sepanjang tahun ini kini mencrcas 4,355 orang,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Tambah Sharifah, seperti program pengusiran sebelum ini, semua tahanan akan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum diusir, selain penjagaan kebersihan sepanjang proses berkenaan.
“Terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuk Konsulat Republik Indonesia dan pihak berkuasa lain yang memudahkan urusan pengusiran pulang Pati, hari ini,” katanya.- BorneoToday
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost