Pasangan Suami Isteri Selamat Kereta Terbabas Di Jalan Papar Lama – KK

Keadaan kenderaan mangsa selepas terbabas ke dalam parit berair.

PAPAR: Sepasang suami isteri berhadapan detik cemas apabila kereta dinaiki terbabas di Kilometer 24 Jalan Papar Lama- Kota Kinabalu di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata kedua-dua mangsa berumur 39 dan 49 tanun itu bagaimanapun terselamat dalam kejadian jam 4.20 petang.

Keadaan kenderaan mangsa selepas terbabas ke dalam parit berair.

“Kejadian berlaku apabila mangsa yang menaiki kereta jenis sedan dalam perjalanan dari arah Kinarut menuju ke Kampung Kawang.

“Semasa melalui lokasi iaitu keadaan hujan lebat, kenderaan mangsa hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit berair yang terletak di bahagian kiri jalan,” katanya.

Menurutnya kedua-dua mangsa berjaya keluar dari dalam kereta dengan bantuan orang awam dan mangsa tidak mengalami kecederaan serius.

“Kes disiasat mengikut Rule 10 LN166/59,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *