“Orang Sabah Baik-Baik, Peramah & Mudah Mesra” – Ebit Lew

Gambar Facebook Ebit Lew

KOTA KINABALU: Pendakwah terkenal, Ebit Lew berkongsi pengalamannya yang terpaksa meniti jambatan gantung ketika ingin menyampaikan bantuan di Kampung Rangalau, Kota Belud, Sabah.

Menurut Ebit, ia merupakan satu cabaran buatnya memandangkan dirinya mempunyai rasa gayat pada ketinggian.

Namun, katanya, dia gagahkan diri juga untuk meniti jambatan tersebut apabila mengenangkan nasib insan yang perlu dibantunya di seberang.

“Tadi di Kampung Rangalau, Kota Belud. Saya tak berani naik tinggi macam ni. Dah suku (jalan), patah semula di jambatan gantung.

“Tapi bila kenangkan dan rasa sayang pada seorang makcik berbangsa Bajau, Sabah tinggal dalam khemah sebelah sana, alas tanah, terus jadi berani.

Ebit berkata rakyat Sabah cukup mesra dan tidak lokek dengan senyuman.


“Bergoyang rasa. Jambatan tu macam berpusing. Pandang ke bawah takut rasa,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Ebit turut berkongsi video yang memaparkan dirinya meniti jambatan gantung tersebut yang mana dibawahnya sungai yang mengalir deras.

Begitupun, apa yang lebih menyentuh hati, katanya, masyarakat di Sabah semuanya baik-baik sahaja biarpun mereka tidak pernah bersua sebelum ini.

“Sayu hati di Sabah. Orang Sabah baik-baik, peramah dan mudah mesra. Capat rapat walau kali pertama jumpa. Semua senyum ceria sahaja. Menjejaki orang susah buat hati saya rasa sedih je sayu. Nak jumpa seseorang kena naik bot. Lalu jamnbatan gantung.

“Pohon doakan ya, sebak tengok orang Sabah. Semoga Allah mudahkan dan bukakan jalan buat mereka semua,” katanya.

Video perkongsian Ebit itu mencecah hampir sejuta tontonan di Instagram.

Di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Ebit yang cukup cekal dan bersemangat dalam misi menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

“Saya yang tengok ni pun rasa seram dengan air sungai laju tu. Semoga dipermudahkan urusan ustaz dan selamat semuanya.

“Langkah perjalanan ustaz dan team adalah langkah seorang pendakwah dan hidayah untuk umat di bumi ini,” tulis sebahagian komen netizen.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *