COVID-19: Penampang Catat Satu Kes Baharu

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu lagi kes Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri ini sebanyak 359.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon memaklumkan, daripada jumlah itu sebanyak 345 telah dilaporkan pulih termasuk empat kes hari ini.

Menurut statistik terbaharu itu, daerah Penampang sekali lagi mencatatkan satu kes dan kini daerah ini merekodkan sebanyak 15 kes secara keseluruhan.

Pada 13 Jun lalu, daerah Penampang mencatatkan satu kes positif yang dikesan di sebuah pasar borong sayur.

Sementara itu, Sabah  merekodkan tujuh kes aktif di mana Penampang dan Pitas dua kes manakala Tawau, Kota Kinabalu dan Pitas masing-masing satu kes.

Kes kematian akibat Covid-19 di negeri ini juga kekal tujuh hari ini di mana empat kes di Kota Kinabalu manakala Tawau, Tambunan dan Keningau masing-masing satu kes.

Pada hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan sebanyak 41 kes baharu jangkitan Covid-19, daripada jumlah itu 38 merupakan kes tempatan manakala tiga kes melibatkan kes import menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 8,494.

Menurut KKM, tiada kes kematian dilaporkan hari ini di Malaysia.

Tambah KKM, sebanyak 54 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dan discaj dari wad ialah 7,400 orang.

Setakat ini, hanya empat kes dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *