Michael Ubu Direman Pagi Ini

Michael Persius Ubu

KOTA KINABALU: Seorang peguam yang diburu pihak berkuasa sejak beberapa tahun lalu, Michael Persius Ubu telah ditangkap dan kini dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

Michael yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal tanah Risda dijangka direman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi ini.

Borneo Today menerima pengesahan penahanan Michael daripada pegawai SPRM.

Tarikh sebenar Michael ditangkap bagaimanapun masih belum diketahui.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3806