UTC Tawau Buka Isnin Depan, Orang Ramai Dinasihati Patuh SOP

UTC TAWAU BUKA ISNIN DEPAN, ORANG AWAM DINASIHAT PATUH SOP

TAWAU; 12 JUN 2020 (Jumaat) – Orang ramai yang mendapatkan perkhidmatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau yang mula beroperasi Isnin depan diharap patuh peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengurus UTC Tawau, Sitti Rahmah Kalbi berkata, ini termasuk perlu memakai pelitup muka serta menggalakkan pelanggan membawa pen sendiri untuk menulis butiran peribadi yang diperlukan sebelum memasuki UTC.

Beliau berkata, ibu bapa jugadinasihatkan untuk tidak membawa kanak-kanak di bawah 12 tahun Dan Warga emas ke tempat tumpuan awam kecuali keperluan penting golongan berkenaan untuk hadir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas aktiviti nyahkuman di UTC Tawau.

Menurut Sitti Rahmah, jumlah pelanggan yang masuk ke setiap Jabatan kerajaan berkenaan juga telah ditetapkan dalam satu-satu masa misalnya Jabatan Pendaftaran Negara 10 orang dan Jabatan Imigresen 11 orang.

Kesemua lapan Jabatan kerajaan di UTC seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Air Sabah (JAS) dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) akan beroperasi Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu, tinjauan RTM di UTC Tawau mendapati, pihak pengurusan UTC telah membuat penandaan pada kerusi-kerusi dan laluan yang digunakan pelanggan mengikut keperluan mendapatkan perkhidmatan agensi kerajaan terbabit bagi memastikan jarak sosial diantara pelanggan kira-kira 1 meter dapat dipatuhi.

Dalam pada itu, orang awam yang ditemui pemberita RTM menzahirkan kelegaan UTC dapat beroperasi seperti biasa berikutan sebelum ini terpaksa berurusan di pejabat utama agensi terbabit di Tawau.

SumbeR: #BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *