Covid-19: Keningau Catat Satu Kematian Hari Ini

KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatat kes kematian keenam akibat Covid-19 menjadikan jumlah korban akibat wabak itu kini seramai enam orang.

Difahamkan, kematian itu membabitkan seorang wanita warga emas berusia 85 tahun di Kampung Patikang Ulu, Keningau.

Pesakit berkenaan telah disahkan meninggal dunia kelmarin di rumah beliau sebelum dibawa ke Hospital Keningau.

Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau hari ini turut memaklumkan pertambahan kes baharu di daerah berkenaan.

Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau hari ini turut memaklumkan pertambahan kes baharu di daerah berkenaan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang pernah direkodkan di Sabah kini sebanyak 356 kes.

Sementara itu, tiada kes pesakit jangkitan wabak berkenaan sembuh hari ini dengan jumlah keseluruhan kes sembuh kekal 341 manakala jumlah kes aktif juga kekal sebanyak sembilan.

Jumlah daerah yang berada dalam zon kuning kerana mencatat kes aktif juga kekal sebanyak enam daerah iaitu Kota Kinabalu, Tuaran dan Beaufort yang masing-masing mencatat dua kes manakala Tawau, Penampang serta Pitas masing-masing mencatat satu kes.

Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Kuala Lumpur yang mencatat sebanyak 2,409, Selangor (1,987), Negeri Sembilan (931), Johor (678), Sarawak (556) dan Pahang (363). – Berita Sabah

kuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2057