Tak Sempat Pulang Jumpa Keluarga

Selesai sudah tempoh PKPB, boleh dikatakan mungkin ramai dalam kalangan para anggota polis yang bertugas sudah mula mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Namun, terdapat juga berita yang mendukacitakan apabila dimaklumkan hari ini terdapat salah seorang petugas barisan hadapan kita, dikenali sebagai Sarjan Lizam Bin Ibrahim, telah terlibat dalam kemalangan.

Asal Sarawak Bertugas Di Sabah

Mangsa yang bertugas di IPD Lahad Datu, Sabah, dikhabarkan meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

https://www.facebook.com/sabahpost/posts/3628910060458769

Tinggalkan Empat anak

Lebih menyayat hati apabila seorang daripada enam mangsa yang terkorban adalah anggota polis yang baru melapor diri di Balai Polis Cenderawasih, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, pada 2 Jun lalu selepas dinaikkan pangkat Sarjan.

Arwah yang berasal dari Kuching Sarawak, meninggalkan empat orang anak berdasarkan foto yang dikongsikan, kereta milik mangsa hancur selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang melibatkan 3 kenderaan di Kampung Membatu, Jalan Lahad Datu – Tungku.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beramal soleh dan beriman.

Sumber :  Sarawak Roads UpdateSuhana binti Wahap,  Bae Aryl & Ejam Zam Al Kazam 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *