Sembilan Warga Filipina Lolos Dari Pusat Tahanan

SANDAKAN: Sembilan orang lelaki tahanan di Pusat Tahanan Sementara ( PTS ) Sibuga, Sandakan yang melarikan diri dalam kejadian 2.20 pagi kelmarin, kini sedang giat dikesan.

Kejadian didakwa berlaku ketika hujan lebat, dan tahanan melarikan diri melalui tingkap tandas dengan merosakkan grill tingkap.

Kesemua tahanan yang melarikan diri adalah melibatkan kes imigresen dan dalam proses pengusiran ke Filipina.

Operasi mengesan kesemua tahanan yang melarikan diri telah dilancarkan oleh pihak Polis IPD Sandakan sejurus dimaklumkan tentang kejadian ini.Kes disiasat dibawah sek 223/224 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, diminta berhubung terus dengan bilik Gerakan IPD Sandakan di talian 089- 212222 atau mana mana Balai Polis Berhampiran. – IPD Sandakan

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

6890