Covid-19: 281 Kes Sembuh & Discaj Hari Ini, Jumlah Sembuh Tertinggi Setakat Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA, 9 Jun: Kes sembuh COVID-19 dan dibenarkan discaj hari ini mencatatkan angka tertinggi setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu merupakan 83.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia.

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat 281 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini. Ini merupakan jumlah discaj tertinggi yang dicatatkan setakat ini.

Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 yang telah discaj daripada wad adalah 6975 kes bersamaan 83.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *