Gimnasium, Dewan Tertutup, Pusat Snooker Boleh Beroperasi

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pembukaan semula sektor perniagaan berkaitan sukan termasuk gimnasium, dewan tertutup dan pusat snuker yang boleh beroperasi bermula 15 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengusaha bagaimanapun perlu mengisi borang pemakluman terlebih dahulu di laman web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Borang ini boleh diakses bermula hari ini,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

590