Covid-19 : Malaysia Boleh Bebas Jangkitan Tanpa Vaksin

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh memutuskan kadar jangkitan COVID-19 tanpa penggunaan vaksin sebaliknya dilakukan dengan pematuhan tinggi rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan ditetapkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini berdasarkan pengalaman beberapa negara berdepan Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) sebelum ini.

Katanya, ketika ini tempoh diperlukan iaitu sekurang-kurangnya setahun atau lebih untuk menghasilkan vaksin yang sesuai.

“Ada kemungkinan tanpa menggunakan vaksin kalau kita semua patuh kepada SOP dan saranan kesihatan, kita boleh memutuskan COVID-19 tanpa vaksin.

“(Jangkitan) SARS juga tanpa vaksin tapi kita boleh putuskan jangkitan. Kita juga boleh putuskan MERS-CoV,” katanya pada sidang media harian COVID-19, hari ini.

Beliau berkata, jika ada vaksin terhasil ia lebih baik, namun jika sebaliknya kaedah kesihatan awam adalah cara terbaik dan ia memerlukan komitmen semua rakyat.- Berita Harian

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *