5 Ditahan Dalam Operasi Ops Mabuk Di Penampang

Pasukan polis dari IPD Penampang menjalankan Op Mabuk di kedua-dua arah di Jalan Bundusan, Penampang.

PENAMPANG: Lima ditahan dalam sekatan jalan raya operasi Op Mabuk yang diadakan di kedua-dua arah Jalan Bundusan, Penampang, awal pagi tadi.

Operasi yang diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Inspektor Jupri Usman itu turut mengeluarkan 19 saman pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan terhadap 95 pelbagai jenis kenderaan.

Pasukan polis dari IPD Penampang menjalankan Op Mabuk di kedua-dua arah di Jalan Bundusan, Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, seramai 115 individu diperiksa membabitkan 95 lelaki dan 20 wanita.

Katanya, lima pemandu lelaki berusia 25 hingga 59 tahun yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk terus dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.

“Dalam operasi ini, polis turut mengeluarkan 19 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

“Selain itu, kesalahan lain yang dikesan adalah membabitkan ubahsuai ekzos dan kesalahan nombor pendaftaran, tiada perlindungan insurans dan kegagalan lampu brek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, operasi ini akan diteruskan dalam usaha polis mengekang pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol di Daerah Penampang.

Sehubungan itu, Mohd Haris berkata menasihati pengguna jalan raya supaya mengambil serius dan mempunyai rasa tanggungjawab keselamatan kepada diri sendiri dan pengguna jalan yang lain.

Katanya, kesan memandu dibawah pengaruh alkohol amat membahayakan bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *