
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa, sebanyak 19 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan sehingga 7 Jun 2020, jam 12 tengah hari.
Pertambahan kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 8,322 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan keboleh jangkitan Covid-19 hanya tinggal sebanyak 1,531 kes. Difahamkan, mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.
Dalam pada itu, beliau juga turut memaklumkan bahawa daripada 19 kes baru yang dilaporkan, 6 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari di luar negara.
Daripada 13 kes penularan di dalam negara, 2 kes adalah bukan warganegara dan 11 kes adalah dikalangan warganegara Malaysia.
Sehingga kini, seramai 5 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi. Daripada jumlah tersebut tiada kes yang dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan.
KKM juga turut memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian yang berkaitan dengan virus Covid-19 dilaporkan pada hari ini.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal kepada 117 kes yang bersamaan dengan 1.114% daripada jumlah keseluruhan kes.
Terkini #covid19malaysia, 7 Jun
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 7, 2020
Kes sembuh = 39
Jumlah kes sembuh = 6,674
(Kes baharu positif = 19
Import = 6
Kes penularan tempatan = 13)
Jumlah positif = 8,322
Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 117
kes dirawat di ICU = 5 pic.twitter.com/MJw0M6gf7h
Terkini #covid19malaysia STATUS COVID-19, 7 Jun
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 7, 2020
Terdapat 19 kes baharu dilaporkan. 6 adalah daripada kes import, manakala 13 kes berlaku dalam penularan tempatan dimana 2 adalah Bukan Warganegara dan baki 11 adalah Warganegara.
SumbeR: KKM