Keluarga Yakin Nurul Maslan Sabran Masih Hidup

TAWAU: Keluarga Nurul Maslan Sabran, 34, yang dilaporkan hilang diperairan Teluk Cowie, Jalan Tawau Lama, Jumaat lalu, yakin  mangsa masih selamat.

Adiknya, Ismail Sabran, 33, berkata demikian ketika dihubungi wartawan selepas berita kehilangan abangnya tular di media sosial sejak semalam.

Antara status Facebook Ismail berhubung status pencarian mangsa, hari ini.

“Gerak hati dan naluri kami sekeluarga yakin abang masih hidup.

“Kami akan mengadakan solat hajat sebagai ikhtiar memudahkan urusan pencarian abang,” katanya.

Semalam, Borneo Today melaporkan kehilangan Nurul Maslan selepas bot yang dinaikinya ditemui berpusing-pusing tanpa juragan di perairan Teluk Cowie, pukul 5.50 petang kelmarin.

Ismail Sabran

Terdahulu, mangsa dikatakan mula keluar dari rumah pada hari sama, pukul 2.30 petang bagi ke kebunnya di Sungai Melayu, Pulau Sebatik.

Bagaimanapun, menurut Ismail, keluarganya mula menyedari kehilangan Nurul Maslan semalam, selepas mangsa dikatakan tidak tiba di Sungai Melayu selain gagal dihubungi menyebabkan mereka membuat laporan polis, tengah hari semalam.

Malah mereka sekeluarga turut menaiki lima buah bot bagi membantu pihak berkuasa mencari Nurul Maslan sejak semalam.

Sementara itu, menurut sumber, bot dinaiki mangsa ditemui berpusing beberapa kali di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, sebaik dihampiri Pasukan Polis Marin (PPM), Jumaat lalu, enjin bot tersebut mati secara tiba-tiba menyebabkannya mula bergerak perlahan dan berhenti di situ.

Ketika dihampiri, anggota PPM bertugas gagal menemui sesiapa dalam bot berkenaan kecuali sebuah beg galas berwarna hitam yang mengandungi dokumen mangsa dan wang tunai berjumlah RM13. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Ismail Sabran (gambar kecil bawah) dan abangnya Nurul Maslan Sabran (gambar kecil atas).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *